Tuesday, January 31, 2012

CIRI-CIRI LAMAN WEB YANG BAIK

1. Muat Turun Laman Yang PantasSeperti yang anda ketahui, sesuatu laman yang dimuat turun lebih pantas lebih mendapat perhatian para pengunjung, seperti pakcik Google. Setiap laman seharusnya boleh dimuat turun lebih pantas, carian yang padat, paparan informasi yang segera dan elakkan penggunaan apa-apa gadget yang menyebabkan laman anda lambat untuk dibuka. Cuba bandingkan dengan Uncle Google, setiap carian maklumat dapat dipaparkan secara terus dan belum pernah lagi berlaku maklumat tidak dapat dipaparkan.

Jadi, pastikan setiap elemen dalam laman web anda seperti "flash", gambar dan "object" dioptimumkan sebaik mungkin dari segi extension, saiz fail, tahap kualiti dan resolusi. Pastikan laman anda tidak mempunyai sebarang ralat dalam bahasa pengaturcaraan, menyebabkan laman lambat untuk dibuka. Sebolehnya, gunakan teks berbanding gambar, tetapi pastikan ia padat dan senang difahami.


2. Laman Pengenalan Yang Membazir
Adakah anda begitu menghargai seni multimedia? Kerana sesetengah pengguna yang begitu hendak menunjukkan kemahiran dalam multimedia menyediakan laman pendahuluan atau dikatakan "Intro Page". Tetapu bagi saya, laman intro ini boleh tidak memberi makna kerana pengunjung terpaksa menunggu sekian lama sekadar untuk menikmati animasi itu sahaja.

Pada pandangan saya adalah lebih baik jika anda letakkan paparan animasi itu terus pada laman utama anda. Melalui cara ini, anda menyediakan pilihan sekiranya pengunjung hendak menyaksikan animasi teruskan, atau bagi pengunjung yang tetap, mereka boleh terus mendapatkan maklumat terbaru.

Sebelum itu, nasihat saya, jangan sesekali muatkan logo syarikat, pertubuhan atau kelab pada laman pendahuluan dan tertera perkataan "Enter Site" atau "Klik Untuk Masuk" kerana cara ini sememangnya langsung tidak professional dan keanak-anakan. Tambahan lagi, ini membuang masa pengunjung, mereka mahukan laman anda, bukan logo laman anda.


3. Buang GIMIK Yang Mengganggu

Perkara pertama yang menjadi misi pembangun laman web adalah tidak mahu pengunjung lari dari laman anda. Jadi pastikan anda tidak meletakkan sebarang GIMIK pada laman utama seperti "popup window", iklan sebesar-besar alam dan muzik latar yang kuat yang memaksa pengunjung memperlahankan pembesar suara. Elakkan juga sebarang animasi atau paparan yang berterbangan, berkelip-kelip atau melompat-lompat sehingga mengganggu isi kandungan laman anda.

Multimedia dan animasi ini semestinya menjadikan laman anda menarik tetapi cuba jangan penuhkannya di laman utama. Anda boleh gunakan kaedah lain seperti meletakkan pautan untuk pengunjung mendengar lagu-lagu latar atau sediakan pautan gambar-gambar kecil di satu sudut sebelum saiz sebenar dipaparkan. Cara ini memberikan pilihan kepada pengunjung, jika berminat mereka akan klik, jika tidak mereka akan abaikan.

Sentiasa pantau iklan-iklan yang diletakkan pada laman anda. Cuba seminimum mungkin sediakan ruangan untuk iklan tersebut agar kandungan utama laman tidak diganggu oleh iklan-iklan ini. Cuba anda bayangkan, satu laman yang penuh dengan ratusan iklan, sedangkan kandungan laman diabaikan, anda sudah alihkan pandangan pengunjung secara tidak langsung. Secanggih mana pun langkaran laman itu, jika dikotori dengan iklan-iklan ini, amatlah tidak bermakna.


4. Kandungan Tepat dan Padat

Setiap artikel yang dikarang perlulah padat dan tepat isinya dengan menggunakan tajuk artikel yang jelas. Blog-blog kebiasaanya akan dilimpahi dengan teks-teks yang panjang. Cuba optimumkan penulisan blog dengan menggunakan "list" dan pemerengganan sekiranya pelbagai perkara dibincangkan dalam tajuk tersebut.

Jika artikel terlalu panjang, cuba asingkan dengan melakukan sub-topik supaya pembaca boleh memilih kandungan tertentu sahaja untuk dibaca. Gambar boleh memberikan seribu maksud dan penerangan, cuba maksimumkan penggunaanya dalam artikel.

Seandainya artikel tersebut sememangnya panjang dan tidak boleh diringkaskan, cuba letakkan pautan dan sedikit pendahuluan sebelum paparan penuh dipaparkan. Jika pengunjung hendak membaca, dia boleh teruskan, jika tidak berminat, dia boleh abaikan.


5. Kordinasi Reka Bentuk Berlainan

Teknik ini pada mulanya boleh dibanggakan, tetapi pengunjung mungkin akan terkejut kerana setiap kali laman bertukar, corak dan reka bentuk laman juga turut bertukar. Kita mahukan pengunjung selesa dan menyesuaikan diri dengan reka bentuk laman kita. Posisi logo, penggunaan warna yang tetap dan proses pelayaran di laman yang sama memberikan kordinasi yang sesuai kepada pengunjung. Tetapi ini tidak bermakna anda langsung tidak boleh menghiaskan laman berlainan dengan corak tersendiri tetapi jangan terlalu drastik sehingga seperti berada di laman web orang lain.

Kedudukan dan bentuk logo, menu utama dan paparan kandungan yang tetap dan sama dari satu laman ke satu laman tidak menyebabkan pengunjung hilang arah walaupun anda menukar sedikit penggunaan warna atau gambar. Atau, biarkan pengunjung memilih untuk menggunakan tema laman bagaimana, tetapi cara ini menambahkan beban untuk menyediakan pilihan tema.


6. Mudah Untuk Dilayari

Setelah anda berjaya untuk menarik minat pengunjung ke laman, seharusnya kita pastikan bahawa pengguna senang untuk bergerak dari satu laman ke satu laman dan kembali ke laman yang dikehendaki. Anda pastinya biasa melihat dan mendengar "breadcrumbs" dan antara lain tujuannya membolehkan pengunjung mengetahui lokasi mereka semasa melayari laman.

Selain itu, kedudukan menu utama juga amatlah penting. Kedudukan menu pilihan yang biasa digunakan adalah disebelah atas kiri atau atas sahaja. Tujuan lain adalah supaya sekiranya paparan resolusi pengunjung adalah lebih kecil berbanding dengan resolusi anda, menu tersebut masih lagi kelihatan dan hanya kandungan laman sahaja yang tersembunyi.

Cuba letakkan juga pautan-pautan yang penting dibahagian bawah sekali laman kerana sifat manusia akan membaca dan melihat laman anda dari atas sampai ke bawah. Pautan penting di bahagian bawah membolehkan pengunjung terus mencapai maklumat penting tanpa perlu untuk skrol kembali ke atas.

Elakkan dari penggunaan Menu-menu Misteri seperti "drop-down" atau "show-hide" kecuali anda memang mengetahui pengguna sukakannya. Kerana, kalu saya sebagai pengunjung, saya tidak mahu membuang masa mencuba satu per satu menu untuk pastikan tiada lagi menu yang tersembunyi. Saya mahukan maklumat penting terus nampak di hadapan saya.


7. Pastikan Laman Anda Siap

Akhir sekali, jangan SESEKALI lakukan seperti ini: "Under Construction", "Dalam proses pembangunan, sila datang semula"! Ini akan merendahkan intergriti laman anda. Sekiranya kandungan tersebut belum lagi siap, jangan paparkan. Tetapi jika anda mahukan laman anda seperti seolah-olah sentiasa dikemaskini, cuba gunakan sedikit harapan kepada pengunjung supaya sentiasa kembali ke laman anda seperti "Akan datang, Tutorial Dreamweaver" atau cuba paparkan sedikit artikel anda, biasanya ambik bahagian pendahuluannya dan letakkan dibahagian bawah, "Akan bersambung dalam minggu ini".

Akhir kata, ini merupakan 7 panduan penting yang boleh digunakan pada mana-mana laman, sesiapa sahaja dan tidak juga kurang kepada laman web yang sudah lama bertapak. Di harapkan panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

Kandungan laman Web yang baik
Jika kita memasuki laman-laman Web yang bagus kita akan mendapati laman-laman itu mempunyai beberapa ciri-ciri utama yang serupa. Berikut adalah beberapa ciri-ciri am yang sesuai untuk semua laman Web dan boleh dijadikan sebuah garis panduan khusus untuk membina satu laman Web yang lengkap dan baik.
Peta tapak (site map) - Susunan laman Web yang teratur dan disertakan sambungan-sambungan yang jelas akan menjadi daya tarikan kepada pembaca. Bagi mendapatkan "output" yang menarik disarankan anda membuat peta tapak iaitu "outline" bagi laman Web anda dengan menunjukkan ide dan topik besar bersama-sama dengan subtopik yang terkandung di dalamnya. Peta tapak ini juga memaparkan struktur heirarki untuk tapak Web anda. Susunkan kesemua data dan informasi yang ingin anda masukkan supaya ia kelihatan kemas. Ini akan memudahkan pembaca anda memperolehi sebarang informasi yang dikehendaki mereka. Para pengunjung pasti akan kembali ke laman Web anda jika ia dapat memenuhi apa yang dikehendakinya.

Navigation Bar - Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman Web. Biasanya Navigation bar diletakkan di atas setiap mukasurat laman Web dan hendaklah konsisten antara satu muka dengan muka yang lain. Tidak kurang juga Navigation berada di sebelah tepi sesuatu laman Web. Terdapat juga laman Web yang membahagikan mukasurat mereka kepada dua bahagian: satu mengandungi Navigation bar dan satu lagi mengandungi isi kandungan yang hendak disampaikan. Rekabentuk begini menetapkan Navigator pada kedudukan asal walaupun butang Navigation berlainan ditekan. Navigation bar yang digunakan tidak terhad kepada teks sahaja. Penggunaan grafik akan menampakkan sesuatu laman Web itu lebih cantik dan menarik. Tidak kira anda menggunakan teks atau grafik apa yang penting ialah, setiap butang Navigation bar itu perlu mewakili sambungan-sambungan yang tertentu dengan jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Jika perlu warnakan butang mukasurat yang sedang dilawati dengan warna yang berlainan dengan mukasurat-mukasurat lain atau buatkan ia sebagai butang tidak aktif. Sebagai tambahan masukkan  butang "back" dan "foward" ataupun "previous" dan "next" bagi menyenangkan pembaca.
Mukasurat profil - Jangan hairan jika ada sesetengah laman Web tidak mengandungi mukasurat berkenaan siapa mereka dan bagaimana cara pembaca boleh menghubungi mereka. Lebih menghairankan jika laman Web "misteri" itu terdiri dari mereka yang terlibat di dalam penjualan produk atau perkhidmatan. Pembaca tentu sekali berminat malah merasa lebih terjamin mengetahui tentang individu disebalik tabir. Pastikan terdapat sambungan di dalam laman Web anda yang membolehkan pembaca emel anda. Emel sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda memasuki cara-cara lain seperti ruangan komen (feedback) untuk pembaca berhubung dengan anda. Anda diingatkan untuk memasukkan nama dan alamat surat menyurat anda.
Borang komen - Ruangan komen membolehkan pembaca meminta maklumat diperlukan secara "online" dan tidak perlu menyalin nombor telefon dan menghubungi anda. Anda juga tidak perlu memeningkan kepala melayan pemanggil-pemanggil. Sebaliknya anda hanya  perlu menjawab sebarang pertanyaan melalui emel ataupun surat. Bukan setakat tempat mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai alat untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat di dalam laman Web anda. Anda dapat memperlengkapkan informasi-informasi di dalam laman Web anda berdasarkan komen-komen dari pembaca.
Kandungan yang menyeronokkan - Pembaca berharap untuk memperolehi informasi yang dikehendaki apabila melawat sesuatu laman Web. Anda harus membina laman Web yang dapat memberikan pembaca apa yang mereka mahu. gunakan ayat-ayat yang ringkas untuk menarik pembaca tanpa membebankan mereka dengan perkataan-perkataan yang susah. Jika perkataan-perkataan saintifik perlu digunakan, sediakan maksud perkataan itu sekali. Informasi yang lengkap akan menarik pembaca untuk kembali berkunjung ke laman Web anda. anda tidak perlu risau tentang ruangan kerana tidak ada ruangan yang terhad di dalam internet.
Soalan lazim (FAQ - frequently asked question) - Anda mungkin berhadapan dengan soalan-soalan yang sama dari pembaca-pembaca yang berlaianan. Dengan mewujudkan ruangan FAQ, anda boleh menjimatkan masa anda menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali, dan sekaligus menyenangkan pembaca-pembaca lain dengan menyediakan jawapan bagi soalan yang bakal ditujukan kepada anda. Kebanyakan laman Web yang mengandungi ruangan FAQ ini, biasanya akan menyenaraikan soalan-soalan popular di bahagian atas muka surat dengan membuat sambungan kepada jawapan-jawapannya. Pembaca hanya perlu klik pada soalan, dan mereka akan disambungkan kepada jawapan kepada soalan berkenaan.

Grafik - Teknologi terkini internet membolehkan bukan sahaja teks malah grafik dipamirkan di dalam laman Web anda. Ini akan memnampakkan keceriaan di dalam laman Web anda dan membuatkannya sekaligus tampak menarik. Pilihlah imej yang dapat menyalurkan maklumat dan tidak membebankan. Buatkan imej yang kecil dan "fast-loading" kerana pembaca tidak suka menunggu terlalu lama untuk sesuatu mukasurat itu muncul kesemuanya. Bagi mengoptimakan imej, gunakan imej di dalam format 16-color. Menggunakan ikon dan gambar yang kecil dan relevan adalah pilihan terbaik terutama pada navigation bar anda. Grafik bagi navigation bar anda akan muncul di setiap mukasurat laman Web anda membolehkan proses load setiap mukasurat lebih cepat dengan adanya cache. Anda juga boleh merancang memberi pilihan kepada pembaca yang ingin membaca laman Web anda di dalam versi teks sahaja untuk mengelakkan kesesakan.
Mekanisma pencari - Memasukkan mekanisma pencari di dalam laman Web anda dapat membantu pembaca. Pembaca hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai mukasurat di dalam tapak Web anda yang mengandungi perkataan tersebut. Pembaca akan berterima kasih jika laman Web yang besar mempunyai elemen ini. Peralatan pencari senang untuk di"maintain" sebaik sahaja ia di"install" ke dalam server Web. Ia secara otomatik akan mengemaskinikan segala data pencari. Terdapat enjin-enjin pencari yang memberi lesen menggunakan teknologi tersebut.
Mukasurat berita - Tapak Web yang baik sentiasa memberikan maklumat terkini kepada pembaca. Anda boleh menggunakan teks ataupun ikon "New" untuk memberitahu pembaca tentang informasi terbaru yang telah anda masukkan ke dalam laman Web anda. Anda juga boleh menwujudkan satu mukasurat khas untuk menyenaraikan berita-berita terbaru. Setelah berlalu satu jangka masa yang ditetapkan anda perlulah memindahkan informasi berkenaan ke dalam kategori yang bersesuaian dan menggantikan pula dengan berita yang baru. Untuk menyenangkan pembaca, sertakan tarikh akhir anda mengemaskini laman Web anda. Pembaca tentu mahu tahu sama ada berita terkini anda merupakan berita yang benar-benar terbaru ataupun sudah lapuk. Tetapkanlah satu jangkamasa sama ada setiap minggu atau dua kali seminggu untuk mengemaskini laman Web anda.
Sambungan yang relevan - Salah satu komponen utama tapak Web ialah koleksi sambungan dengan lain-lain tapak Web yang berkenaan. Satu laman Web yang bagus ialah laman Web yang menawarkan sambungan ke laman Web lain yang merujuk kepada topik yang sama. Anda boleh menawarkan bukan setakat sambungan sahaja, malah anda boleh memberikan ringkasan apa yang terkandung di dalam sambungan tapak Web tersebut kepada pembaca. Ini menyenangkan pembaca memilih laman Web yang mempunyai topik yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment